KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Hakim Noor Ruwena Md Nurdin membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan pihak pembelaan dan pendakwaan berhubung permohonan berkenaan.

Najib, 73, memohon supaya pelaksanaan hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan terhadap sabitan dan hukuman diputuskan di Mahkamah Rayuan.

Ketika membacakan keputusan itu, Noor Ruwena berkata, pemohon gagal memenuhi keadaan khas dan luar biasa bagi membolehkan penangguhan diberikan.