KUALA LUMPUR: Selepas mencipta kejayaan di Sukan SEA, Piala Dunia dan Sukan Asia, skuad sepak takraw negara kini mengintai satu lagi kejuaraan berprestij yang belum pernah dimenangi, Piala Raja Thai.

Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan berkata gelaran Piala Raja Thai menjadi antara misi utama yang mahu direalisasikan tahun depan bagi melengkapkan rentetan kecemerlangan skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.

Beliau berkata Malaysia akan memburu sekurang-kurangnya satu gelaran tanpa mengira acara sama ada regu berpasukan, regu atau kuadran, malah tidak menolak kemungkinan menyasarkan lebih daripada satu kejuaraan.

"Itu satu lagi misi yang saya belum selesaikan iaitu Piala Raja Thai. Memang tahun depan misi saya ialah untuk cuba mendapatkan emas ataupun muncul juara di Piala Raja Thai.