ARSENAL dilabel sebagai pasukan ‘luar biasa’ dan memiliki segala ramuan untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) namun bekas pemainnya, Theo Walcott memberi amaran mengenai satu kelemahan yang boleh menggugat misi The Gunners musim ini.Menurut Walcott, prestasi Arsenal ketika beraksi di gelanggang lawan masih menjadi persoalan selepas skuad kendalian Mikel Arteta itu dikejutkan kekalahan 0-3 kepada Brighton & Hove Albion di Stadium Amex sebelum rehat antarabangsa.Kekalahan tersebut menamatkan permulaan sempurna Arsenal yang sebelum itu mencatat empat kemenangan berturut-turut dalam saingan liga."Arsenal masih sedikit goyah apabila bermain di tempat lawan."Berdasarkan apa yang saya lihat ketika mereka beraksi di gelanggang lawan, saya belum begitu yakin."Bermain di tempat lawan bukan mudah. Ada pemain yang hebat ketika di laman sendiri atau ketika latihan tetapi gagal menyerlah apabila beraksi di tempat lawan pada saat penting," katanya menerusi talkSPORT.Bagaimanapun, Walcott tetap percaya Arsenal mempunyai kekuatan untuk mempertahankan mahkota EPL meskipun berdepan cabaran lebih besar musim ini."Saya fikir mereka luar biasa dan mereka mempunyai segala-galanya untuk mempertahankan kejuaraan."Tetapi ia bukan mudah kerana mereka juga pasti mahu memenangi Liga Juara-Juara," katanya.