BATU PAHAT - "Kali terakhir saya berjumpa dengan Fiya ialah dua minggu lalu dan dia tidak menunjukkan sebarang perubahan. Malah, Fiya kelihatan ceria dan seronok belajar."Demikian luahan bapa kepada pelajar Tingkatan Empat yang maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Mohd Khairool Faisal Khyar, 42.Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian yang menimpa anaknya, Irene Sofiya, 16, atau lebih mesra dipanggil Fiya kira-kira jam 6 petang Sabtu selepas menerima panggilan daripada kakak sulungnya, Siti Nur Faeza Khyar, 45.Ujar beliau, Siti Nur Faeza memaklumkan Fiya ditemukan dalam keadaan parah sebelum disahkan meninggal dunia."Ketika itu saya sedang bekerja di Bangi sebelum bergegas pulang ke kampung untuk mendapatkan maklumat lanjut," katanya.Beliau berkata demikian selepas pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Arshad, Yong Peng pada Ahad.ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - ExcoPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanPelajar maut dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi iniIrene Sofiya maut dibunuh: Pelajar lelaki direman enam hariIrene Sofiya maut dibunuh: Polis rampas telefon bimbit, pakaian suspekDalam pada itu, Mohd Khairool berkata, keluarga menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada polis dan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan buat arwah anaknya."Kami berterima kasih kepada semua yang datang dan kami harap keadilan dapat ditegakkan untuk arwah anak saya," ujarnya.Beliau turut menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang tidak tepat berhubung kejadian menimpa anaknya.Sebelum ini, Irene Sofiya ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah di Yong Peng pada Sabtu dan polis telah menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun bagi membantu siasatan kes tersebut.
'Fiya ceria seperti biasa ketika kali terakhir kami bertemu' - Bapa

Key takeaways
The father of a 16-year-old girl who died at a school in Yong Peng said she was cheerful and happy when he last saw her two weeks ago.
- The girl, Irene Sofiya, was found dead at a school in Yong Peng, Batu Pahat.
- Her father, Mohd Khairool Faisal Khyar, was informed of her death by her sister on Saturday evening.
- The family is cooperating with the police investigation into her death.
- The father has asked the public not to spread speculation about the incident.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗







