Washington: Seorang lelaki dari Idaho, Amerika Syarikat (AS), bekerjasama dengan anak saudaranya yang berusia 13 tahun untuk memecahkan Rekod Dunia Guinness (GWR) bagi jumlah kapal terbang kertas paling banyak ditangkap menggunakan mulut dalam tempoh satu minit, lapor UPI.
David Rush, yang memegang lebih daripada 200 gelaran GWR, berkata dia mula mempertimbangkan untuk mencabar rekod itu beberapa tahun lalu, tetapi menangguhkannya selepas mendapati hujung kapal terbang kertas yang terkena muka boleh menyebabkan kesakitan.
Rush memutuskan untuk mencuba memecahkan rekod itu sekali lagi selepas menemui bentuk kapal terbang kertas dengan hujung tumpul yang masih terasa pedih dan menyakitkan tetapi tidak berbahaya.









