ISKANDAR PUTERI – Beberapa lelaki didakwa naik angin dan cuba menghalang operasi menangkap anjing yang dijalankan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) di Lima Kedai, di sini, selepas mendakwa haiwan berkenaan adalah miliknya.
Tindakan itu mencetuskan ketegangan ketika operasi dijalankan, sedangkan penduduk di kawasan berkenaan masih dihantui kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun cedera parah selepas diserang sekumpulan lapan anjing semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad berkata, keadaan bagaimanapun berjaya ditenangkan olehnya tanpa sebarang kejadian tidak diingin










