KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti seorang lelaki warga Filipina berusia 54 tahun yang dipercayai menyewa pesawat berkaitan kes tangkapan dan rampasan dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, Laos, 1 Oktober lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki berkenaan dikenal pasti sebagai bekas juruterbang yang mempunyai rekod kesalahan dadah di Filipina.
Katanya, perkara itu terbongkar selepas JSJN merakam percakapan beberapa saksi termasuk seorang warga Malaysia yang bertindak sebagai broker bagi menguruskan penyewaan pesawat terbabit.
“Individu tersebut mendedahkan pesawat berkenaan telah disewa oleh seorang lelaki warga Filipina










