SEBERANG PERAI – Tiada kecederaan ditemukan pada tubuh seorang lelaki berusia 57 tahun yang ditemui meninggal dunia di dalam longkang di Pasar Awam Sama Gagah, Permatang Pauh di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, pemeriksaan fizikal yang dijalankan oleh pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang mendapati tiada unsur mencurigakan pada tubuh mangsa.
Katanya, hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Seberang Jaya mengesahkan punca kematian disebabkan saluran darah jantung tersumbat (coronary atherosclerosis).
“Berdasarkan siasatan yang dijalankan, beberapa saksi telah diambil keterangan dan tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian itu,” katanya di sini, malam ini.










