BUKTI MERTAJAM: "Saya terkejut melihat mayat terperosok di dalam longkang berhampiran gerai makanan yang saya usahakan," kata seorang peniaga makanan di Pasar Awam Sama Gagah, di sini, hari ini.
Katanya yang enggan dikenali, sebelum itu, dia yang mahu memulakan perniagaan mendapati, ramai berkerumun berhampiran gerainya.
Dia kemudiannya mendapati ada mayat di dalam longkang dan tambahnya, sepanjang 15 tahun berniaga di lokasi berkenaan, ini kejadian pertama berlaku di situ.
Katanya, kawasan pasar itu sering menjadi lokasi persinggahan dan tempat melepak segelintir individu di luar waktu operasi.








