am@hmetro.com.my
Bachok: Wanita warga emas ditemui meninggal dunia di belakang rumahnya di Kampung Pengkalan Baru, di sini, petang tadi.
Hindun Hamzah, 58 berkata, mayat ibunya, Che Bidah Sulung, 85, ditemui kakak sulung, Hilmiah, 60-an ketika mahu menghantar makanan ke rumah warga emas terbabit.
Katanya, dia mengetahui kejadian itu pada 3 petang selepas dimaklumkan Hilmiah.
"Emak tinggal seorang diri di rumah itu. Menjadi rutin anak-anak dan anak saudara menghantar makanan ke rumahnya setiap hari.








