BACHOK: Wanita warga emas ditemui meninggal dunia di belakang rumahnya di Kampung Pengkalan Baru, di sini, petang tadi.
Anak mangsa, Hindun Hamzah, 58, berkata mayat ibunya, Che Bidah Sulung, 85, ditemui kakak sulung, Hilmiah Hamzah, 60-an ketika menghantar makanan ke rumah warga emas terbabit.
Katanya, beliau mengetahui kejadian itu jam 3 petang selepas dimaklumkan Hilmiah.
"Emak tinggal seorang diri di rumah dan menjadi rutin anak-anak dan anak saudara menghantar makanan ke rumahnya setiap hari.
"Namun tadi kakak telefon saya maklumkan mahu menghantar nasi ke rumah emak. Tetapi emak tiada di rumah.








