TAWAU: Seorang lelaki warga Filipina dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan mengedar lebih dua kilogram (kg) cecair dadah 'zombi'

Tertuduh, Abd Rahim Salleh, 37, hanya mengangguk dan mengaku faham selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan memandangkan kesalahan berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki warga Filipina itu didakwa mengedar dadah jenis Fentanyl seberat 2227.76 gram di kawasan berhampiran sebuah kilang di Lorong Anson dekat sini, kira-kira 2 petang 28 September lalu.