lokman.khairi@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang lelaki selepas dia didapati gagal menghadirkan diri bagi prosiding pengurusan kes menculik lelaki warga Palestin yang dihadapinya.
Perintah itu dikeluarkan oleh Hakim Datuk Mohd Arief Emran Arifin terhadap tertuduh, Muhammad Iqmal Abdul Rahis, 31, selepas membenarkan permohonan daripada pihak pendakwaan.
Timbalan Pendakwa Raya Zaileen Nadia Zubir memberitahu mahkamah, tertuduh gagal dihubungi sejak 11 September lalu dan satu laporan polis sudah dibuat oleh penjamin.
Zaileen Nadia berkata, pihak polis sudah menemubual bapa Iqmal di kampungnya di Tanjung Sepat, Kuala Langat di Selangor.






