Pesuruhjaya Kehakiman Avinder Singh Gill tolak usul DNAA, menyatakan bahawa merekodkan pembebasan juga boleh beri gambaran salah bahawa si mati telah dilepaskan daripada tuduhan. (Gambar Reuters)PETALING JAYA: Prosiding jenayah terhadap tertuduh yang meninggal dunia sebelum perbicaraan perlu direkodkan sebagai dihentikan, bukannya dilepas atau dibebaskan, putus Mahkamah Tinggi di Johor Bahru.
Pesuruhjaya Kehakiman Avinder Singh Gill berkata, undang-undang tidak mempertimbangkan pendakwaan diteruskan terhadap individu yang telah meninggal dunia, memandangkan prosiding jenayah bersifat peribadi terhadap tertuduh.
“Prosiding tidak berlanjutan selepas kematian tertuduh. Ia dihentikan serta-merta apabila tertuduh meninggal dunia,” katanya dalam penghakiman berhubung satu kes bersama berkaitan pengedaran dadah.







