Kuala Lumpur: Pelakon, Puteri Sarah Liyana mendedahkan dirinya tidak pernah menangis depan anak-anaknya ketika mengalami detik sukar kerana tidak mahu menunjukkan kesedihannya kepada mereka.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 41, berkata sebagai ibu, dia berusaha memperlihatkan wajah ceria walaupun ketika menghadapi ujian dalam kehidupan.

"Kalau saya berasa sedih atau nak menangis pun, saya takkan tunjuk depan anak-anak kerana mahu menjaga emosi dan kesihatan mental dua anak ini.

"Saya mahu mereka membesar dalam suasana dan persekitaran yang sihat dan positif," katanya ketika ditemui pada sesi fotografi di Studio Balai Berita, di sini, baru-baru ini.