KUALA LUMPUR: Axis Real Estate Investment Trust (Axis-REIT) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi iaitu sebanyak RM54.79 juta bagi suku ketiga yang berakhir 30 September 2026, daripada RM52.12 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Axis-REIT memaklumkan perolehannya merosot kepada RM90.77 juta daripada RM92.76 juta setahun sebelumnya.

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2026, Axis-REIT menyatakan keuntungan bersihnya meningkat kepada RM154.30 juta daripada RM148.20 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya manakala perolehan merosot kepada RM270.13 juta daripada RM272.88 juta sebelumnya.

"Pendapatan bersih terealisasi yang dijana daripada operasi berjumlah RM144.41 juta selepas ditolak jumlah perbelanjaan sebanyak RM125.71 juta dengan RM38.91 juta daripadanya merupakan perbelanjaan hartanah dan RM86.80 juta lagi perbelanjaan bukan hartanah," jelasnya.