JAKARTA: Indonesia perlu bertindak balas terhadap kritikan negara jiran berhubung jerebu rentas sempadan menerusi tindakan yang meyakinkan termasuk pencegahan lebih kukuh, penguatkuasaan undang-undang dan pemulihan alam sekitar.

Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat (DPR RI), Sufmi Dasco Ahmad, berkata Indonesia sudah mendengar kebimbangan, kritikan dan saranan daripada Malaysia dan Singapura, termasuk pandangan yang dinyatakan di Parlimen masing-masing.

"Kita harus menghargai pandangan ini, walaupun kita mungkin tidak semestinya bersetuju dengan setiap penilaian. Apa yang paling penting ialah melindungi komuniti yang terjejas, mengukuhkan pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang, memulihkan alam sekitar dan memastikan akauntabiliti korporat, termasuk dalam kalangan perniagaan yang mempunyai operasi rentas sempadan.