KUALA LUMPUR: Seramai 130 rakyat Malaysia dilaporkan ditahan dalam serbuan ke atas sebuah pusat penipuan dalam talian di Rawalpindi, Pakistan dipercayai menyasarkan mangsa di negara ini.
Memetik laporan portal berita Pakistan, ProPakistani, Agensi Siasatan Jenayah Siber Kebangsaan Pakistan (NCCIA) menyerbu sebuah premis di KASA Tower, Bahria Town Fasa VIII, selepas memperoleh waran mahkamah.
Menurut laporan itu, pemeriksaan terhadap peranti digital dan peralatan di premis berkenaan mendapati lokasi itu dipercayai digunakan untuk menjalankan penipuan kewangan terhadap rakyat Malaysia.
"Suspek menghubungi rakyat Malaysia melalui aplikasi panggilan telefon internet dengan menyamar sebagai pegawai khidmat pelanggan bank.










