KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya Bawah 15 Tahun (B-15) terpaksa melupakan hasrat melangkah ke final penentuan tempat ke-53 hingga ke-54 Festival dan Piala Dunia B-15 FIFA 2026 selepas tewas 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti kepada Qatar di Hovsan Competition Complex, Baku, Azerbaijan, sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sepanjang permainan sebenar dalam aksi separuh akhir Tier B itu sebelum Qatar memanfaatkan kelebihan dalam penentuan sepakan penalti untuk mengesahkan kemenangan.

Keputusan itu menyaksikan skuad muda negara kini akan beraksi dalam perlawanan penentuan tempat ke-55 hingga ke-56 menentang Lubnan.

Perlawanan berkenaan dijadual berlangsung pada jam 2.15 petang waktu Malaysia esok, dengan skuad negara berpeluang menebus kekecewaan selepas terlepas peluang mencatat kemenangan ke atas Qatar.