DOHA: Syarikat tenaga milik kerajaan Qatar, QatarEnergy mengumumkan bahawa pihaknya menandatangani perjanjian selama 20 tahun dengan syarikat tenaga gergasi Australia, Woodside Energy, untuk membeli sehingga tiga juta tan gas asli cecair (LNG) setahun daripada projek Louisiana LNG di Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua.
Menurut QatarEnergy dalam satu kenyataan, penghantaran di bawah perjanjian jual beli itu akan dibuat berdasarkan syarat serahan di atas kapal (FOB) dan dijangka bermula pada 2030.
Projek berkenaan kini sedang dibina di sepanjang Pantai Teluk AS.
Woodside memaklumkan, bahawa bekalan akan bermula daripada unit pencairan gas kedua projek itu dan meningkat kepada tiga juta tan setahun apabila unit ketiga mula beroperasi.








