Kuala Lumpur : Vertex Material memeterai perjanjian pembelian jangka panjang bernilai kira-kira AS$2.2 bilion (kira-kira RM8.93 bilion) selama 15 tahun dengan Sky-Dweller Construction LLC, sekali gus membuka laluan lebih luas kepada produk komposit tembaga keluarannya menembusi pasaran India.
Perjanjian itu turut menjadi pemangkin kepada rancangan Vertex Material, syarikat teknologi mendalam (deep-tech) berstatus unicorn, untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi permintaan pasaran antarabangsa yang semakin berkembang.
Kerjasama berkenaan mengembangkan jaringan komersial sedia ada kedua-dua syarikat di Amerika Syarikat dan Kanada, selain menyediakan asas jangka panjang bagi pengembangan perniagaan Vertex Material ke pasaran baharu.









