MELAKA - Perikatan Nasional (PN) belum mengumumkan seorang lagi calon daripada enam kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kerana masih terdapat beberapa pertimbangan yang perlu dibuat.Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, calon bagi kerusi terbabit akan dimuktamadkan sebelum hari penamaan calon."Ada satu lagi kerusi yang kita tidak diumumkan kerana kita ini tidak ketandusan calon dan ada beberapa personaliti tentang calon ini yang perlu dibuat pertimbangan akhir."Ada perkara berbangkit yang perlu kita selesaikan, sebab itu kita tidak mengumumkannya malam ini. Kita ada dua hari lagi(sebelum penamaan calon)," katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan calon PN PRN Melaka di sini pada Khamis.Beliau bagaimanapun, enggan mendedahkan parti yang akan diwakili calon bagi kerusi terbabitMenteri Besar Terengganu itu turut menafikan calon berkenaan tidak dapat diumumkan kerana wujud pertikaian mengenai parti yang akan diberikan kerusi tersebut."Tiada pertikaian itu. Ia hanya mengenai calon saja," katanya.Ditanya sama ada manifesto pilihan raya PN kemungkinan akan diumumkan secara bersama dengan Barisan Nasional (BN), beliau berkata, perkara itu akan diselaraskan kemudian dan akan diumumkan waktunya apabila dirasakan bersesuaian.Ahmad Samsuri turut menyatakan keyakinan yang hasil kerjasama dengan BN bagi menghadapi PRN Melaka mampu memberikan kemenangan kepada PN."Insya-ALLAH, kita masuk bertanding untuk menang. Itu perkara paling penting dan saya percaya jentera kita sedang bergerak ke arah itu."Dengan kerjasama muafakat antara PN dan Barisan Nasional (BN), saya percaya semua ini bukan sekadar igauan mimpi kita, tapi dalam jangkauan," katanya.Dalam pada itu, Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, beliau terbuka untuk menerima apa-apa keputusan yang dibuat oleh kepimpinan tertinggi PN berhubung kemungkinan satu lagi kerusi diberikan kepada parti berkenaan.