Ahmad Samsuri Mokhtar dan Hamzah Zainudin antara nama yang pernah diketengahkan PAS sebagai calon perdana menteri. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: PAS perlu memperkenalkan calon perdana menteri sebelum PRU16 supaya pengundi dapat menilai kemampuan bakal pemimpin negara, bukan hanya mengetahuinya selepas Perikatan Nasional (PN) menang pilihan raya, kata penganalisis.

Syaza Shukri.Syaza Shukri daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, PAS mungkin hanya mengumumkan calon jika PN menang dan gabungan itu bersetuju jawatan perdana menteri diberikan kepada wakil parti tersebut.

“PAS dilihat tidak mahu terburu-buru, namun pengundi berhak mengetahui siapa yang bakal memimpin negara jika mereka memberikan undi kepada parti itu,” katanya kepada FMT.