TAIPING – Seramai 407 mangsa banjir daripada 147 keluarga masih berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Larut, Matang dan Selama setakat pukul 8 pagi tadi.
Menurut laporan kejadian bencana negeri Perak, hari ini, jumlah itu tidak berubah berbanding pukul 4 pagi, dengan kesemua PPS terbabit masih beroperasi.
Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Ibol menempatkan mangsa paling ramai iaitu 181 orang daripada 57 keluarga dari Kampung Changkat Ibol.
Dewan Masjid Al-Wusta Batu 8 pula menempatkan 130 mangsa daripada 57 keluarga dari Kampung Batu 9.








