Kuala Lumpur: Pengarah filem Pemuja Syaitan, Liyana Jasmay, 38, mengaku berasa gementar dengan sambutan penonton sekali gus mengharapkan karya seram itu mampu menarik perhatian 'Gen Z'.
Liyana berkata, dia tidak bimbang dengan komen atau kritikan di media sosial, sebaliknya paling penting berharap orang ramai datang menonton di pawagam.
"Saya takut dan gementar juga bila fikir mengenai sambutan. Perut saya ini macam kecut dibuatnya. Apa pun, saya cuma nak orang pergi tonton di pawagam, itu sahaja. Saya tidak kisah pun dengan komen-komen.
"Apa sahaja komen, saya terima sebagai pembikin filem baharu yang pertama kali mengarah. Sudah tentu saya nak juga dengar komen, orang industri pun boleh, netizen juga boleh. Mungkin ada idea lebih 'cool' boleh bagi 'input'.








