PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi jadual hidupnya berubah serta merta selepas sah bergelar suami kepada selebriti, Bella Astillah pada 10 Oktober lalu.
Syed Saddiq, 33, berkata sebelum ini rutinnya selepas Subuh diisi dengan aktiviti sukan, kini keutamaan tersebut beralih kepada menguruskan keperluan dua cahaya matanya iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna sebelum mereka berangkat ke sekolah.
“Seratus peratus hidup berubah. Sebelum ini hanya ada saya sahaja di rumah, tetapi sekarang bukan setakat isteri di sisi setiap pagi, malah ada dua orang anak sekali. Bagi saya, ini adalah sesuatu yang sangat mahal harganya.
“Dulu saya bangun awal untuk bersukan, tetapi sekarang rutin itu perlu diubah suai bagi menyiapkan anak-anak ke sekolah.









