BERMULA dengan usaha ibunya, K.Manggaiyakarasi bagi mengawal kenakalan ketika kecil, karate akhirnya membuka laluan buat K. Thevendran membina karier sebagai atlet negara, sekali gus memasang impian besar yang mahu dicapainya di pentas Olimpik.
Segalanya bermula ketika dia baru berusia empat tahun apabila ibunya menghantar Thevendran mengikuti kelas karate kerana tidak tahan dengan kenakalannya di rumah.
Dua tahun kemudian, sukan yang pada awalnya menjadi cara untuk mengawal tingkah laku itu mula membawa Thevendran mengenal cita-cita yang jauh lebih besar iaitu menjejakkan kaki ke pentas Sukan Olimpik dan memburu pingat emas buat Malaysia.
“Ketika berusia empat tahun, ibu menghantar saya ke kelas karate kerana saya sangat nakal. Setiap kali ibu membuat kerja rumah, saya pasti akan mengganggunya.









