Bukit Mertajam: Hasrat seorang pengawal keselamatan menikmati cuti singkat di kampung halamannya di Perlis bertukar cemas selepas dimaklumkan rumahnya di Kampung Kubang Semang, di sini, ditenggelami banjir kilat, semalam.

Ab Ghani Abdullah, 49, berkata dia bersama keluarga pulang bermalam di Perlis pada Jumaat lalu.

Katanya, sebelum bertolak, dia sempat mengalihkan beberapa kenderaan kecuali motosikal ke kawasan lebih tinggi sebagai langkah berjaga-jaga berikutan cuaca kerap hujan.

"Kami pulang ke kampung untuk satu malam sahaja, memang berasa tidak sedap hati kerana hujan di mana-mana.