Penduduk membawa sepanduk ketika mengadakan bantahan di luar Parlimen terhadap cadangan projek perumahan di Bukit Jalil.KUALA LUMPUR: Gabungan persatuan penduduk menggesa kerajaan membatalkan cadangan projek perumahan berskala besar di Bukit Jalil yang didakwa tidak selaras dengan Pelan Tempatan Kuala Lumpur (PTKL) 2040.
Gabungan Persatuan Penduduk yang terdiri daripada persatuan penduduk Bukit Jalil, Bandar Kinrara dan Taman Puncak Jalil meluahkan rasa kecewa kerana kerajaan masih mahu meneruskan projek itu walaupun mendapat bantahan meluas daripada masyarakat setempat.
Pengerusinya Zainuddin Zainal berkata kerajaan seolah-olah tidak mengendahkan suara penduduk yang membantah pembangunan Bandar Madani Bukit Jalil melibatkan 17,000 unit kediaman.






