KUALA LUMPUR: Bandar MADANI Bukit Jalil akan dibangunkan sebagai kawasan kediaman rakyat yang lengkap dengan kemudahan termasuk sekolah vertikal
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendaftaran fasa 1 akan mula dibuka mulai Isnin ini.
Cadangan pembinaan bandar itu oleh Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) turut menawarkan rumah pintar, 'smart mobility' serta penggunaan teknologi tenaga boleh diperbaharui bagi penduduk di ibu kota.
Media sebelum ini melaporkan selain sekolah vertikal, pembinaan bandar itu menawarkan rumah pintar,mobiliti pintar (smart mobility) serta teknologi tenaga boleh diperbaharui kepada penduduk ibu kota.
Konsep sekolah vertikal adalah pendekatan inovatif dalam mengoptimumkan penggunaan tanah di kawasan bandar berkepadatan tinggi melalui pembangunan sekolah bertingkat yang inklusif dan mesra komuniti.






