Shah Alam: Kejayaan menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) bukan sekadar pencapaian akademik semata-mata buat pasangan suami isteri pensyarah kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor.

Bagi Dr Suzana Hassan, 41, dan Dr Muhamad Kodri Kholib Jati, 42, ia sebaliknya bukti kekuatan sokongan dan persefahaman dalam rumah tangga mereka.

Mereka yang bertugas di Kampus Segamat, Johor, menyifatkan perjalanan menggenggam kelayakan tertinggi itu, bukan mengenai siapa lebih dahulu menamatkan pengajian, tetapi bagaimana saling membantu sehingga berjaya mencapai matlamat bersama.

menerima Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-105, hari ini.