Kuala Lumpur: Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil mengecam tindakan membuli dan mengugut mahasiswa Universiti Malaya (UM), Ummi Umairah Bakhit, susulan pandangan yang disuarakannya dalam satu forum, sambil menggesa semua mangsa buli siber membuat laporan segera kepada polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Beliau berkata, tindakan mengherdik dan mengugut mahasiswa berkenaan, termasuk ancaman untuk mencarinya di universiti tidak mencerminkan adab dalam berkomunikasi serta tidak sepatutnya berlaku hanya kerana perbezaan pandangan.
"Kita boleh berbeza pandangan, tidak jadi masalah. Dalam kes adik Ummi ini, beliau menyuarakan pandangan dan kita tahu sekarang mahasiswa mempunyai hak untuk bersuara.









