Tumpat: "Bukan kami tidak izinkan keluarga adik ipar (suami arwah Norhazwani) datang berjumpa, tapi kami mohon ruang untuk bertenang terlebih dahulu," kata kakak arwah, Marlina Ibrahim.

Marlina, 46, berkata, ia berikutan tragedi yang menimpa Norhazwani, 35, terlalu sukar untuk diterima dan baru sahaja berlaku menyebabkan dia bimbang hubungan antara dua keluarga 'panas'.

"Kematian adik saya bukan disebabkan sakit atau kemalangan jalan raya, tapi dibunuh, sudah pasti ia sangat memberi kesan kepada kami.

"Saya mohon beri ruang kepada kami sekeluarga untuk bertenang terlebih dahulu dan untuk hal di kemudian hari, kita serahkan kepada Allah SWT.