Itu reaksi ringkas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim berkenaan video tular memaparkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang murka kepadanya pada Jumaat lalu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Negeri Sembilan Antlers bagi saingan Sepak Takraw League (STL) 2026 di sini, hari ini.
Sebelum ini media melaporkan Tuanku Muhriz tidak mahu menerima menghadap Ismail selagi Menteri Besar itu tidak menarik balik kenyataan bahawa baginda bukan lagi pemerintah di Negeri Sembilan.
Ketegasan baginda itu tular menerusi satu video dipercayai dirakam selepas solat Jumaat di sebuah masjid di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Jumaat lalu









