Kota Bharu: Kerajaan negeri mengesahkan pelajar bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang sedang melanjutkan pengajian di Asia Barat, dilaporkan berada dalam keadaan selamat, meskipun rantau itu berdepan situasi bergolak.
Ia susulan ancaman keselamatan susulan serangan peluru berpandu oleh kumpulan pemberontak Houthi sejak lebih seminggu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi negeri, Datuk Wan Roslan Wan Hamat berkata, setakat ini, mereka dapat meneruskan proses pengajian dan keadaan adalah terkawal.
Bagaimanapun, katanya, pelajar diminta supaya sentiasa berhubung dengan pihak kedutaan Malaysia, bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung serangan berkenaan.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fnajibrazak1_740838.png&w=480&output=webp&q=85&we)

