ALOR GAJAH: Pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pemilih secara automatik antara cabaran kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan berlangsung bulan depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata jentera BN perlu memperkukuh strategi bagi mendekati pengundi baharu ini, dan tidak bergantung kepada kaedah tradisional semata-mata bagi memastikan sokongan terhadap parti itu terus dipertahan.

"Kalau dulu, kita boleh daftar pemilih, ambil nama-nama pemilih dan simpan dalam bakul kita. Kita boleh tahu, kalau bertanding di sini, kita boleh menang.

"Tetapi apabila pengundi baharu dibenarkan mengundi, bukan sahaja mereka berusia 18 tahun, malah mereka yang berusia 60 tahun tetapi tidak pernah mengundi juga boleh mengundi.