KUALA TERENGGANU: Pesara Lembaga Elektrik Negara, Soh Kim Seah, 90, yang bersara pada 1986, sukar melelapkan mata selepas dimaklumkan bakal menerima kunjungan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, hari ini.

"Saya dihubungi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Selasa lalu, dan dimaklumkan akan dikunjungi Wan Ahmad Dahlan.

"Saya juga sukar melelapkan mata malam tadi kerana teruja akan dikunjungi beliau," katanya di Jalan Air Jernih, di sini, hari ini.

Pada program Ziarah Pesara itu, Wan Ahmad Dahlan meluangkan masa kira-kira 45 minit berbual dengan Kim Seah.