KUALA LUMPUR - Kegiatan pengedaran dadah didakwa berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menerusi satu video audio siar yang tular di TikTok baru-baru ini berlaku pada 12 Julai 2016.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, hasil semakan mendapati tiga laporan polis berhubung kejadian itu telah diterima pada tarikh berkenaan.Menurutnya, video audio siar berdurasi dua minit 30 saat yang dimuat naik menerusi satu akaun Tik Tok itu dikesan pada kira-kira jam 10.38 pagi pada Ahad."Semakan lanjut mendapati kandungan podcast berkenaan merupakan penceritaan semula pengalaman seorang tetamu dalam bidang kewartawanan yang berlaku pada 2016."Publisiti seumpama ini tidak wajar dilakukan kerana boleh menimbulkan persepsi negatif masyarakat terhadap pihak polis selain menjejaskan imej dan kredibiliti pasukan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sebelum ini, tular video dalam sebuah audio siar memaparkan seorang individu mendakwa terdapat kegiatan pengedaran dadah di sebuah premis berdekatan IPD Sentul.Difahamkan, kejadian itu diceritakan individu terbabit ketika dirinya bertugas sebagai wartawan ketika itu.Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pihak supaya lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam berkongsi atau menyebarkan maklumat kepada umum."Polis Kuala Lumpur komited untuk terus memelihara integriti serta kepercayaan masyarakat terhadap institusi kepolisan demi keselamatan dan kesejahteraan negara," katanya.