ALOR GAJAH - Pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pemilih secara automatik menjadi antara cabaran kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan berlangsung bulan depan.Justeru, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, jentera BN perlu memperkukuh strategi bagi mendekati pengundi baharu ini, dan tidak bergantung kepada kaedah tradisional semata-mata bagi memastikan sokongan terhadap parti itu terus dipertahankan."Kalau dulu, kita boleh daftar pemilih, ambil nama-nama pemilih dan simpan dalam bakul kita. Kita boleh tahu, kalau bertanding di sini, kita boleh menang. Tetapi apabila pengundi baharu dibenarkan mengundi, bukan sahaja mereka berusia 18 tahun, malah mereka yang berusia 60 tahun tetapi tidak pernah mengundi juga boleh mengundi."Kita tidak tahu siapa mereka dan dari mana datangnya kerana secara automatik mereka menjadi pemilih … akhirnya kita tewas kerusi Parlimen Alor Gajah," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Parlimen Alor Gajah di Dewan Kampung Permai Machap Umboo, di sini hari ini.Pengerusi BN Melaka itu berkata, walaupun parti menang bergaya pada PRN Melaka yang diadakan pada 2021, namun ia tidak dapat diterjemahkan ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila tewas di keenam-enam Parlimen.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari mengundi bagi PRN Melaka pada 14 Nov, manakala penamaan calon pada 31 Oktober dan undi awal pada 10 November.PRN Melaka yang diadakan pada 2021 menyaksikan BN menang 21 daripada 28 kerusi dipertandingkan, sekali gus berjaya membentuk kerajaan negeri, manakala Pakatan Harapan (PH) menang lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) (dua kerusi). - Bernama
PRN Melaka: Undi18, pendaftaran pemilih secara automatik cabaran kepada BN

Key takeaways
Undi18 dan pendaftaran pemilih automatik menjadi cabaran kepada BN dalam PRN Melaka.
- BN perlu memperkukuh strategi untuk menarik pengundi baharu.
- Pengundi baharu termasuk yang berusia 60 tahun dan tidak pernah mengundi.
- BN kalah di enam kerusi Parlimen dalam PRU15 walaupun menang dalam PRN 2021.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka: BN muktamadkan rakan kerjasama selepas 7 Okt - Zahid
- Malaysiakini (BM) Bersatu mahu lumpuhkan PN menjelang PRN Melaka, kata Takiyuddin
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka pada 14 Nov, penamaan calon 31 Okt - SPR
- Sinar Harian PRN Melaka: Undi18, pendaftaran pemilih secara automatik cabaran kepada BN (this story)
- Free Malaysia Today BN faces challenge of ‘Undi18’, automatic voter registration, says Melaka CM







