Shah Alam: Semua Sekolah Agama Negeri (SAN) kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) beroperasi seperti biasa, esok.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, Sekolah Islam Persendirian (SIP) juga hendaklah mengikut ketetapan berkenaan.

"Namun, ibu bapa serta penjaga diberikan pilihan untuk tidak menghantar anak ke sekolah sekiranya bimbang akan tahap kesihatan mereka, dan perlu memaklumkan ketidakhadiran anak kepada pihak sekolah.

"Pihak sekolah diminta untuk menangguhkan aktiviti di luar kelas, dan guru serta pelajar yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga," katanya dalam kenyataan hari ini.