SHAH ALAM: Semua sekolah agama negeri (SAN) kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan beroperasi seperti biasa, esok.
Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, berkata sekolah Islam persendirian (SIP) juga hendaklah mengikut ketetapan itu.
"Namun, ibu bapa serta penjaga diberi pilihan untuk tidak menghantar anak ke sekolah jika bimbang akan tahap kesihatan mereka, dan perlu memaklumkan ketidakhadiran anak kepada pihak sekolah.
"Pihak sekolah diminta menangguhkan aktiviti di luar kelas, dan guru serta pelajar yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.










