KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah menepati ramalan muncul juara selepas mengalahkan pasangan Jepun, Hinata Suzuki-Nao Yamakita pada final Terbuka Denmark 2026, sebentar tadi.
Namun, kemenangan itu tidak diraih dengan mudah apabila lawan tetap memberikan tentangan sengit.
Bagaimanapun, Pearly-Thinaah yang turun selaku pilihan kedua berada di kelas tersendiri dengan prestasi meyakinkan untuk menang straight set 21-18, 21-11 dalam tempoh 36 minit.
Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di SJF Bank Arena, Odense, hari ini, Suzuki-Yamakita cuba memberikan tentangan sengit terutama pada set pertama sebelum berusaha bangkit pada set kedua. Namun, perbezaan pengalaman ternyata membezakan kedua-dua pasangan itu.










