KUALA LUMPUR – Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah semakin hampir menamatkan kemarau gelaran apabila mara ke final Terbuka Denmark selepas menewaskan pasangan China, Bao Li Jing-Cao Zi Han pada aksi separuh akhir di SJF Bank Arena, Odense, sebentar tadi.
Pearly-Thinaah yang menghuni ranking kelima dunia mempamerkan aksi meyakinkan untuk menundukkan pilihan keenam itu 21-16, 21-14 dalam tempoh 37 minit, sekali gus mengesahkan tempat ke final kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 750 itu.
Kemenangan tersebut hadir selepas pasangan negara itu bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menyingkirkan beregu India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela 14-21, 21-17, 21-11 pada suku akhir, semalam.










