JAKARTA – Seorang doktor lelaki di Indonesia terharu kerana menerima seekor ayam hidup dan doa daripada pesakitnya yang tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar kos rawatan.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @shomecare_renalia menunjukkan seorang warga emas memberikan sejumlah wang dan seekor ayam kampung kepada doktor yang merawatnya.

Selain ayam, dia turut mengucapkan terima kasih dan mendoakan doktor tersebut.

Meskipun sederhana, pemberian itu menjadi bentuk terima kasih yang sangat bermakna bagi doktor berkenaan.