ALOR GAJAH – Seramai 1.2 juta pencarum yang sebelum ini memilih untuk tidak menyertai skim LINDUNG 24 Jam digesa mengambil peluang mendapatkan perlindungan berkenaan susulan insentif pelepasan cukai tambahan RM150 setahun yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, langkah itu penting bagi memastikan lebih ramai pekerja mendapat perlindungan keselamatan sosial di luar waktu bekerja, terutama ketika berdepan tekanan kos sara hidup dan inflasi.

Menurutnya, keperluan mendapatkan perlindungan itu semakin jelas apabila skim LINDUNG 24 Jam kendalian Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) merekodkan sebanyak 10,424 tuntutan dalam tempoh empat bulan dari 1 Jun hingga 30 September lalu.