MELAKA - "Jangan tunggu sehingga ditimpa musibah baru mencari perlindungan."Demikian peringatan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan kepada seramai 1.2 juta pencarum yang sebelum ini memilih untuk tidak menyertai skim LINDUNG 24 Jam.Beliau berkata, peningkatan kos perubatan yang kini boleh mencecah ratusan ribu ringgit malah sehingga RM1 juta bagi sesetengah rawatan menjadikan perlindungan keselamatan sosial semakin penting, khususnya apabila berlaku kemalangan di luar waktu bekerja.Menurutnya, kemalangan boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang petanda, justeru orang ramai tidak seharusnya mengambil mudah keperluan mendapatkan perlindungan kewangan bagi menghadapi situasi tidak dijangka."Baik saya ingatkan kepada 1.2 juta yang tidak mencarum ini, janganlah bila hujan baru kita nak cari payung."Sekarang kos perubatan sangat tinggi. Dahulu kos rawatan mungkin puluhan ribu ringgit, tetapi sekarang boleh mencecah ratusan ribu ringgit, malah ada yang sehingga RM1 juta."Kita tidak mengharapkan perkara itu berlaku, tetapi kemalangan tidak beri pengumuman sebelum terjadi. Sebab itu kita perlu melindungi diri dan ambil langkah berjaga-jaga, jangan tunggu sehingga terlambat," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan program i LINDUNG u Gegar @ Melaka di Dataran Keris di sini pada Sabtu.Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata, kerajaan turut menyediakan insentif pelepasan cukai tambahan sebanyak RM150 setahun menerusi Belanjawan 2027 bagi menggalakkan pencarum kembali menyertai LINDUNG 24 Jam.Katanya, insentif itu diharap dapat mendorong golongan berkenaan mendapatkan semula perlindungan menyeluruh di luar waktu bekerja, di samping mengambil kira cabaran kos sara hidup yang dihadapi rakyat."Ini peluang terbaik buat 1.2 juta pencarum yang memilih untuk tidak menyertai LINDUNG 24 Jam supaya kembali mencarum bagi mengukuhkan perlindungan di luar waktu kerja."Kesedaran ini wajar diberi penekanan kerana dalam tempoh 1 Jun hingga 30 September lalu, LINDUNG 24 Jam merekodkan 10,424 tuntutan atau bersamaan purata 85 kes sehari," katanya.Program i LINDUNG u Gegar @ Melaka merupakan penganjuran julung kali di zon selatan, khususnya di Alor Gajah, sebagai kesinambungan Festival Mega i LINDUNG u: KESUMA Bersama Rakyat di Kota Damansara pada bulan lalu.Mengulas lanjut Ramanan berkata, penganjuran program itu bertujuan mendekatkan perkhidmatan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada masyarakat, selain memberi peluang kepada penduduk setempat memahami dengan lebih dekat pelbagai skim perlindungan yang ditawarkan.Pada program sama, seramai 400 suri rumah di Melaka turut didaftarkan sebagai pencarum LINDUNG Kasih bagi membolehkan mereka menikmati perlindungan PERKESO sekiranya ditimpa musibah.Dalam perkembangan lain, Ramanan berkata, kerajaan memperuntukkan RM30 juta bagi membantu seramai 368,098 pekerja gig menerusi insentif padanan caruman Lindung Kendiri sebanyak 35 peratus untuk pekerja e-hailing dan p-hailing berpendapatan RM3
1.2 juta pencarum dinasihat sertai semula LINDUNG 24 Jam

Key takeaways
Menteri Sumber Manusia memperingatkan 1.2 juta pencarum untuk menyertai skim LINDUNG 24 Jam kerana kos perubatan yang tinggi.
- 1.2 juta pencarum dinasihatkan menyertai LINDUNG 24 Jam untuk perlindungan kewangan.
- Kos perubatan kini boleh mencecah hingga RM1 juta bagi sesetengah rawatan.
- Kemalangan boleh berlaku tiba-tiba, jadi perlindungan keselamatan sosial penting.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian 1.2 juta pencarum dinasihat sertai semula LINDUNG 24 Jam (this story)









