Kuala Lumpur: Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di sekitar ibu kota mencetuskan keluhan penduduk berhubung kejadian banjir berulang yang terpaksa dihadapi hingga mengganggu urusan harian.

Menerusi hantaran di Threads, pengguna _anuarlatif mendakwa, masalah banjir kerap berlaku di Taman Putra Damai, Lembah Subang, Petaling Jaya yang berpunca daripada longkang tersumbat susulan kerja pembinaan laluan pejalan kaki di jalan utama kawasan itu.

Katanya, tanah dan bahan binaan yang diletakkan di tepi jalan itu dipercayai masuk ke dalam longkang hingga menyebabkan saliran tersumbat dan menghalang aliran air.

"Menteri boleh lihat ke masalah yang dihadapi oleh penduduk di sini setiap kali hujan hingga menyebabkan banjir di tempat tinggal kami.