Kuala Lumpur: Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Muhriz dipilih sebagai Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) selepas menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung Tahunan badan induk itu ke-54 di sini hari ini.
Putera kedua Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang berusia 44 tahun itu menggantikan Gerard Monteiro yang menerajui SRAM sebelum ini.
Turut menang tanpa bertanding ialah bekas pemain skuasy negara, Azlan Iskandar bagi jawatan timbalan presiden, Sharon Wee sebagai naib presiden dan Ramlee Abdullah sebagai bendahari kehormat.
Sementara itu, Nik Razeen Adam Daud dilantik sebagai setiausaha kehormat oleh presiden, manakala Margaret Kechendai, Wan Sazril Wan Zaid dan Conrad Louis dipilih sebagai anggota jawatankuasa SRAM.










