Sungai Petani: Rejaman tajam Wan Muhammad Azieq Wan Mohd Zaki menjadi senjata berbisa ALFA Cafe MIBJ D untuk menundukkan Highlander A, sekali gus muncul juara Zon Utara Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 di Arena of Sport, hari ini.
Aksi bertenaga perejam itu menyukarkan barisan pertahanan Highlander A untuk menyekat asakan bertali arus ALFA Cafe MIBJ D yang tampil garang sejak awal perlawanan akhir.
Bagaimanapun, Highlander A enggan mengalah begitu sahaja apabila cuba merapatkan jurang ketika ketinggalan 10-14 pada set pertama, malah berjaya mengikat kedudukan sebelum ALFA Cafe MIBJ D menamatkan set itu dengan kemenangan 16-14.
Kegagalan memanfaatkan peluang pada penghujung set pertama memaksa Highlander A melakukan pertukaran pemain dengan memasukkan tekong kedua bagi menyuntik semula momentum pasukan untuk set berikutnya.










