Jakarta: Indonesia menaburkan sebanyak 2.4 tan ais kering di ruang udara Sumatera Selatan menerusi operasi pengubahsuaian cuaca selama dua hari bertujuan mengurangkan jerebu tebal akibat kebakaran hutan dan tanah.
Pemangku Ketua Pusat Data, Informasi dan Komunikasi Bencana Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Berton Panjaitan berkata, operasi dari 15 hingga 16 Oktober itu pada mulanya menumpukan kawasan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Badaruddin II di Palembang, di mana jerebu tebal telah mengganggu penerbangan.
"Operasi pengubahsuaian cuaca selama dua hari itu membabitkan tiga penerbangan dengan jumlah masa penerbangan selama tujuh jam tiga minit," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.









